Want your
own Fotopage?






 
Osman Family's FotoPage

By: Keluarga Hj Osman

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 2-Oct-2008 12:00 Email | Share | Bookmark
Rumahku Syurgaku | Rumah Kenanganku







Ditujukan kepada semua yang masih lagi mempunyai kampung halaman.....

Ini adalah Rumah ku yang banyak kenangan dan nostalgia sepanjang aku membesar. Kenangan pahit manis, semua terpahat di sini. Alangkah baik nya sekiranya aku masih boleh menetap disini atau sekali sekala berada disini.

Kini aku jarang dapat melihat rumah ini memandangkan masing2 perlu mencari rezeki di tempat lain. Hanya kadang kala sahaja dapat melihatnya.

Semenjak Ketiadaan ayah iaitu sejak tahun 2004, rumah ini tidak lagi dihuni oleh keluarga Hj. Osman. Memandangkan tiada sesiapa di kampung, Mak juga tidak lagi menghuni rumah ini. Ini kerana sakit demam mak tiada siapa yang tahu. Maka, mak pun berpindah ke Ipoh dimana lebih dekat dengan kakak kakakku.

Pabila tiba hari raya juga, keselurahan keluarga ku akan berkumpul di salah sebuah rumah antara tiga kakak ku yang tinggal di Ipoh. Ini kerana rumah ku itu telah disewakan kepada orang lain, bagi mengelakkan rumah itu rosak sekiranya tidak berpenghuni.

Kenangan tinggal kenangan. Maka kali ini aku telah bertekad pabila tiba hari raya, akanku cari kesempatan untuk mengambil gambar rumahku ini untuk diabadikan.

Kepada semua yang masih lagi mempunyai kesempatan untuk pulang ke kampung, maka, carilah kesempatan itu.... kerana tiada lagi tempat yang paling indah selain dari kampung dan tanah air kita dimana tempat kita membesar....

Wassalam.....

Best Balik kampung
Tue 14-Oct-2008 08:00
Posted by:Mieey  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.